22 December 2009

Hai !

Salam petang kawan-kawan! :D 
Hari ini saya akan menulis dairi saya dengan menggunakan Bahasa Melayu. Ehcehhh.
Sekadar cuma nak uji sama ada kemahiran bm saya menurun mahupun tidak.Hehe,
Oleh itu, apa khabar semua? Semoga sihat walafiat? HAHA
Semalam pagi, saya, Shahiela, Alia, Shahirah dikehendaki untuk balik ke sekolah. 

HARRRR? buat apa?Adalah. [ Lalalala]
...
......
...........
...................................
.........................
....................
............
Haha, sebenarnya, kami balik ke sekolah untuk membersihkan rumah pandu puteri, dalam bahasa inggeris dipanggil GUIDE'S COTTAGE.
Tentu anda semua, sebagai "puteri" Convent tahu, bukan?
Cottage tu sebenarnya bukanlah sangat baharu, dah buruk dan lapuk jadinya.
Tempat-tempat terperinci dan tersorok menjadi kokongan labah-labah sekalian.
Keluarga-keluarga kembangannya telah pun kami jumpa dan diperkenalkan dengan bangganya.

Tugas pertama tentulah kena berhadapan dengan para kerusi yang merah-gagah lagi kotor dan busuk.
Cuci dan gosok mereka memang tugas yang sungguh-amat *membesar-besarkan* sangat-LAH penat, di bawah cahaya matahari yang pancar dengan teriknya.
Dah kami berempat tidak berputus asa untuk mengeluh "AIYOOOO" "HAIHHHH" "EEEEEEEK",
Berjuta-juta kali kami melaung perkataan-perkataan yang stres tu.Chewaa. :D
Sebenarnya, tidaklah stres jugak. Kami siap berborak dan bergelak ketawa macam sakai lagi,HEE. 

Dah masa khusyuk mencuci, seorang   silap DUA orang Melayu yang bermulut gatal, berkata, 
" HEI, cuci BAJU ke? " 

Memang dasar amatlah buta mereka tuu :P

Alia balik tepat jam 11. 
Kerusi-kerusi dah hampir kering semua.
Kemudian, kami menanam pokok bunga yang ayu lagi menarik itu. BUKAN di pasu, TAPI di tayar. Ha, saksikanla nanti masa buka sekolah nanti eh! Chehhh :P 
Jam pukul 1 [ha lebih kurang macam itula] saya berada di Cziplee, 
Tahukan mana tu? HAHA.Kalau tak tahu tu, kenala ketuk kepala ;)
Saya hampir terkeluar kata-kata yang tidak patut, iaitu, "CONVENT, FORM FOUR BOOKLIST PLEASE"
Nasib baik, saya berkhayal, khayal yang saya bakal mengambil SPM, sempat mengelakkan perkataan-perkataan itu daripada terkeluar. 

FUHhh *lega*
Semalam merupakan hari yang memenatkan.
Baiklah, di sini sahaja saya mencoret kali ini.Jumpa lagi! :D

SAYA BERTEKAD UNTUK BERCAKAP BAHASA SEMPURNA!    
 Buangkan tabiat rojak ! :D :D :D


BYE!

No comments:

Post a Comment

Comments? Questions? Thoughts? They are always welcomed here :)

Photobucket